13 June 2011

i kidnap my own daughter

pukul 2 petang. gua tengah masukkan pisang ke dalam kuali, dekat stall pisang goreng mak gua. cuaca redup2. tak terik. tak mendung. tengah gua leka kacau-kacau pisang dalam kuali (err?) tiba-tiba gua nampak sebuah kereta hitam berkilat yang dipandu macam harrraammm, lalu menghalang sebuah teksi yang ada ditengah jalan.

teksi berhenti.

lalu, seorang wanita keluar sebuah kereta silver yang memang ada ditepi jalan . dibuka teksi dengan rakusnya lalu diangkatnya seorang budak perempuan beruniform sekolah. seorang lelaki pun keluar dari kereta tersebut lalu pergi kearah pemandu teksi.

"penculik! penculik!" (gaya tangan ala-ala nak menumbuk.)

maka, segenap pemilik stall yang ada dekat tepi jalan pergi menerjah. ibuk-ibuk, bapak-bapak, mengerumuni tempat itu. suasana kecoh sebentar.

ada juga apek panggil polis dari balai polis yang ada belakang gua. gua masih kacau pisang dalam kuali sambil mengintai situasi dari jauh. sambil-sambil tengah tunggu polis, orang ramai mula leka.ada bertinggung. ada yang mengelamun. lelaki dari kereta silver meletakkan tangannya ke atas teksi.

tiba-tiba..

vrooommmmmmm... teksi memecut laju. hilang dari pandangan.

orang lain tak dapat buat apa-apa. semua bersurai. buat hal sendiri balik.

tiba-tiba, ada pakcik datang kat stall gua. cuba meng'explain' cerita yang sebenar.

" perempuan tu dengan taxi driver tu dulu laki bini. sekarang dah cerai. laki tu cuba nak bawak balik anak dia tapi perempuan tu tak bagi. tu yang dia nak 'culik' budak perempuan tu."

reaksi gua --> =.="

true story. chiaow.



footnote :
 untuk pemandu teksi  - go go chaiyok. berusaha lah untuk jumpa anak lu.

 untuk perempuan kereta silver - jangan kedek sangat boleh? bagi la ex-hubby lu jumpa anak lu. seburuk mana (gua tengok takdela buruk mana pun), semiskin mana, atau sejahat mana ex-hubby lu, bapak tetap bapak, yang memerlukan anak.

untuk budak perempuan : appreciate parent lu. bukan selalu orang berebut anak ni. siap ada yang campak dari tingkat 5 lagi ada laa.


.