kegelapan malam mula mengundang. Joyah memerhatikan persekitaran beliau. musuhnya masih belum menunjukkan belangnya. beliau tahu, musuhnya ada disekelilingnya. cuma.... masanya belum tiba.
jarum jam tepat menunjukkan 6.30. sinar matahari kian malap. satu suspek keluar. keluar meluru dan menyerang. Joyah buat-buat tak tau. beliau biarkan saja. tangannya rakus mencubit menconteng kertas A4.
datang lagi beberapa suspek. serangan bertubi-tubi dilakukan. joyah masih kental. tangannya hanya mampu menepis.
"DANG!"
"PAP!"
joyah memasukkan tangannya ke dalam laci meja. diraba satu persatu barang yang ada di dalam laci tersebut.
"ahha!" jerit joyah diam-diam.
Joyah mengeluarkan senjatanya.
"SSSSSSSSSSSHHHHHHHHHH"
dilihat satu persatu musuh dalam selimut keluar bertempiaran. ada yang bagaikan tidak cukup udara. yang lainnya, lintang pukang menyelamatkan diri. Joyah tidak mampu lagi menampung beban amarahnya. diambilnya kedua-dua senjatanya lalu menyerang musuh-musuhnya....
"PSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSTTTTTTTTT"
"SSSSSSSSSSSSHHHHHHHHH"
satu persatu musuhnya tumbang. joyah ketawa. kerjanya lebih mudah kini. dia melemparkan senjatanya jauh-jauh lalu membunuh satu persatu musuhnya.
hari ini dalam sejarah. joyah telah membunuh 17 musuhnya berbanding semalam yang hanya 5 atau 6. dalam hati, joyah berazam...
"esok, pergi mydin, beli lagi 5 tin shiledtox