13 March 2013

arah tuju hidup sehingga 10 tahun akan datang

ini post separa serius. bunyinya aneh. tapi ini apa yang aku rancang.

well. aku cuma ada 2 semester. which mean, DAH NAK HABIS DEGREE HOI! okay. bertenang. ada yang sebaya kau dah nak grad. fuhh fuhhh.

jadi lepas belajar, apa arah tuju aku.

usai tamat pengajian [24-25(?) y/o] :

kerja lalaaaaaaaa. hari-hari kerja. ya. ini wajib dan harus. bukan lah aku tak ada niat nak sambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. atau sebenarnya  mungkin memang tidak ada (?) tapi. ya. bak kata orang separa pemalas, saya nak berehat sebentar dari pendidikan formal. aku akan kerja mencari nafkah dan kumpul duit. mama babah perlu merasa gaji pertama aku sebagai seorang pekerja graduan universiti! yeah! atau mungkin, aku buat business sendiri. hmmm. 

[25-28 y/o]
ini zaman penting dalam zaman yang aku panggil "awal dewasa". sewaktu umur sebegini, aku KENA ada asset. i mean, harta. mungkin rumah. kalau boleh, aku nak rumah atas tanah. aku dah penat naik tangga. tapi kalau dapat penthouse pun sedap juga. but nevermind. asalkan tidur berlapik, makan berteduh, itu dah cukup. atau mungkin tanah sekangkang kera. supaya aku ada ladang sendiri [heh?] dan perlu diingatkan, mini cooper ataupun kawasaki ninja BUKAN asset bernilai.  dan mungkin aku perlu...

okay. boleh ketawakan raihanah beramai-ramai. MUAHAHAHAHAHAHA. tapi ingat. ini perancangan separa serius. gua juga amat mengharapkan perkara dibawah akan berlaku.

EUROPE TRIP!

[28-30 y/o]
aku panggil alam penstabilan. dalam tempoh masa ini, aku harap : rohani, emosi, kewangan, keluarga dan kesihatan semuanya stabil. kalau boleh improve untuk jadi excellent, kita cuba! dan, ketika ini, aku usahakan untuk cuba memperoleh tahap pendidikan yang lebih lebih lebiiihhhhh tinggi!

okay. lepas tu, aku dah tak tahu nak plan macam mana. mungkin, 3 tahun kemudian, aku perlu edit balik post ni untuk re-plan atau meneruskan plan sehingga ke umur...... yang aku sendiri pun tak berapa pasti.

namun, ini sekadar rancangan. dan untuk memastikan rancangan ini berjalan lancar, aku akan pastikan, no gucci bag, membeli kereta tempatan [eh, dah ada lesen ea?], wedding separa simple, menjaga hati dan perasaan mama dan abah, dan mengawal emosi dengan baik dan saksama.

perlu diingatkan, ini perancangan separa serius. wallahualam.

aku rasa dah macam banyak sangat sebut separa. sebab aku dah separa sedar.

till then, may peace be upon you :)