06 April 2013

friends is the best reflector

tak semua manusia ni, sempurna. dan mereka yang menerima ketidaksempurnaan ini, sesungguhnya seorang yang sangat hebat. (aku rasa)

kalau dulu, aku antara yang tak boleh menerima ketidaksempurnaan ini. jadi, macam biasalah, it's like i'm being cursed or what, orang sekeliling aku rata-ratanya yang macam nak makan penampar dek kerana ketidaksempurnaan mereka.

ketidaksempurnaan di sini bukan bermaksud tak cukup anggota badan. its more to perwatakan.

jadi, akulah yang akan menjauhkan diri kerana tak dapat nak adapt dengan ketidaksempurnaan tu.

dan aku tahu. itu perangai yang amat dasyat sekali.

sampailah satu hari, aku mula berkawan dengan seorang ni. cukuplah kalau kita panggil dia Gayah. macam mana aku boleh mula berkawan dengan Gayah ni, biarlah aku dengan Gayah saja yang tahu.

Gayah ni, susah nak punctual. susah sangat. tahukan kisah aku mengamuk sebab dulu ada member aku tak punctual. ya. Gayah bukan seorang yang punctual. dan rakan-rakannya juga melakukan benda yang sama. dan pada ketika itu, satu saja yang sering bermain di kepala aku
SUMPAHAN APA NIIIII??
tapi, apa yang aku nampak, Gayah ni, hebat. aku mengamuk, dia ada lagi kat tepi aku. pagi ni aku tumbuk dia, tengahari tu aku dengan dia, makan sama, bersuap-suap. sampai harini, Gayah ada lagi kat sebelah aku. mungkin atas faktor yang dia ni separuh lelaki, barangkali. hmm. entah lah.

Jadi, Gayah ni lah yang selalu menjadi reflector aku. kadang-kadang aku rasa aku tak sedar pun yang aku buat benda tu. tapi dia bagitau.

"eh, kau selalu macamm ni.. lepas tu macam tuuu"
"eh, jangan kacau rai. kejap lagi dia...."
"haaa..mula lah tu rai"

okay. so far, dialah yang menyedarkan aku betapa teramat sangat annoyingnya perangai aku.

ya. aku rasa perangai aku annoying sampai aku tanya diri aku sendiri
kau dah kenapa rai buat perangai macam ni?

jadi, kepada pendamping-pendamping saya. terima kasih diucapkan kerana melayan karenah-karenah saya yang saya sendiri rasa ianya amat mengarut dan menjengkelkan. dan terima kasih kerana anda masih kekal di sisi, belakang, hadapan, atas dan bawah saya. terima kasih.


may peace be upon you.