04 May 2013

okay tak okay

jadi. malam tadi aku baring. fikirkan second proposal dan prototype yang nak dihantar hari isnin. dan pada yang sama Khalid Ibrahim umum isnin cuti untuk selangor. fikirkan apa nasib test 2 ni. fikirkan the next weekends yang busy. sambil melayan si leher berlipat di twidder.

dan satu bunyi asing keluar, dari laman sesawang facebook.

ada kawan tegur dekat im. eloklah kita kenalkan kawan tu sebagai.... malik.

selepas berbahasa basi dengan malik, maka dia bertanya,

kau study okay tak? 
aku tak suka cerita. tapi, entah kenapa jari aku ringan untuk menaip. satu-satu aku cerita. pipi dah melekit-lekit (mungkin, air mata ni ada gula kot)

aku cerita bukan sebab dia malik. tapi sebab dalam serabut aku, yang aku tak tahu nak cerita pada siapa, cuma dia yang bertanya. bukan tak pernah aku nak cuba cerita kat si daging tetel. kat si minachi seorang tu. kat machaa yang jauh tu. kat si leher berlipat. aku try bukak mulut. tapi, hmm. sekadar bukak mulut sajalah. suara tak keluar. aku tak tahu mana nak mula.

dan malik mula bagi advise. satu dua soalan dia tanya. bantal yang jadi penongkat dagu basah.

malik cakap, dia tak dapat advise banyak. sebab dia punya kondisi pun lebih kurang sama. aku tak kisah.

aku cuma nak ada orang tahu, aku nak jatuh dan nobody's there to catch me. aku nak orang tahu, aku dalam kondisi yang paling sangat teramat down. aku cuma nak orang tahu yang i'm not okay.

sebab aku tahu, cuma aku saja yang lukis jalan hidup aku. tolong banyak mana pun, tangan ni jugaklah yang ubah jalan hidup sendiri.

semoga segala kusut dan serabut ini reda secepat mungkin. dan terima kasih malik :)

till then, assalamualaikum.