tak adalah simpan apa-apa rahsia dalam tu cumaaaa...
i was thinking that abah might chat with some random people dalam facebook yang aku sendiri pun dah lupa apa hubungannya yang buat aku approve dia untuk jadi friend. atau mungkin, dia akan tulis status yang pelik-pelik atau upload gambar-gambar yang ada dalam tab. atau maybe akan delete benda yang aku rasa 'penting' secara tak sengaja.
jadi, dengan gelisahnya, aku jeling screen tab sambil-sambil aku perhati apa yang jadi dekat facebook aku melalui laptop.
and suddenly aku terfikir..
ohmaigod. ini dah macam pantau anak anak sedara ni!
aku hembus nafas. perlahan-lahan tapi berat. cycle yang aku takutkan.
oh. i believe that human behaviour akan berubah menjadi kanak-kanak kembali apabila mencecah satu peringkat umur.
tengok pada embah (nenek). dia dah pun ada dalam fasa kembali menjadi bayi yang mana aktiviti dia cuma tidur. dan dia akan bangun cuma untuk makan, solat dan mengaji. and the rest, tidur.
mama, aku dah nampak sikit, hampir keanak-anakkan.
abah, tak usah cerita. mama sendiri bising 'perangai macam budak budak!'
aku tarik nafas dalam-dalam. pejam mata.
aku harap, dalam semua lapan orang ni. tak ada satu pun yang mengeluh bila layan mama abah.