12 March 2014

wide awake at 1 am and i'm feeling hungry.

ini yang menyampah duduk dekat kolej. bila waktu waktu macam ni, tak ada periuk nasi yang boleh diselongkar. kalau bukak freezer pun, bukan makanan sendiri.

seminggu duduk dekat rumah macam duduk sorga. kahkahkah. tapi sorga untuk perut je lah. the truth is.... aku dah rasa lost sekejap. and march is soon to end. dan tak ada progress.

matilaa. matilaaaaaa.

tak apa. azam aku, sisa march yang berbaki ni, aku nak lenjan habis habis. biar penat. biar pengsan.

lagipun, adanya kau dalam hari hari aku boleh buat semua lelah hilang. acewah.

dan bila tengok sesetengah classmate yang dah dapat job interview untuk lepas grad buat aku rasa macam taknak habis belajar. eh.

no. aku nak grad on time. tapi, aku tak ready lagi untuk semua tu. nak kerja. cari nafkah sendiri. tanggung liabiliti. beli asset. fuhh. aku plan untuk ambil double degree since aku tak minat dengan apa yang aku buat sekarang. tapi aku rasa membazir. dari segi masa dan financial. aku ada rasa nak ambil mba. itu pun aku berkira kira lagi. kita tak mahu pisang berbuah dua kali kan? walaupun dari sudut penjual pisang, adalah seronok kalau pisang berbuah dua tiga empat kali. shattap rai.

aku still rasa aku budak 17 tahun, terperangkap dalam badan manusia 23 tahun ni. aku ada rasa nak lari ke belakang. taknak keluar dari apa yang aku ada sekarang.

this is not what i imagine about my adulthood 10 years ago. untuk confuse dengan path yang accidentally terbina atas nama tiba-tiba dan takdir. acewah. eh tapi betul lah. aku rasa macam lost. macam hilang diri sendiri tak tahu arah tuju.

haih.

maybe sekarang dah patut buat garis masa sendiri. rancang masa depan betul-betul secara serius. perhaps, ada lah perancangan baru. ada azam baru.

dan semoga aku bahagia apa yang aku rancang. fuhh.