12 April 2014

cubaan untuk re-construct hidup selepas rasa patah semangat, boleh jadi lebih sadis bila cubaan tu gagal. dua kali gagal.

petang tadi, lepas penat merenung siling, aku turun. borak kosong dengan mama. cerita masa depan.

"mama, i want to have my own cafe. coffee, cake and pastry and kuih-kuih melayu untuk minum petang. pehh. lepas tu nanti..."

belum sempat habis sambung, mama keluarkan satu statement yang buat rasa nak tempah tiket pergi Holland esok.

lepas degree 4 tahun ni? (ha ah) taknak kerja? (taknak) Then, buat apa bazirkan masa 4 tahun ambil degree kalau macam tu? kenapa tak lepas spm terus bukak cafe. tak payah bazir masa bazir duit sambung degree.

tersentak sekejap. and i realize, dekat mana aku hari ini semua dari jalan yang mama suruh ikut. belajar mana. belajar apa.

nak salahkan mama?

sikit pun tak. sebab orang kata kalau buat apa yang mak restu, kalau tak ada silapnya, boleh lah berjaya. kalau betul caranya, boleh lah bahagia. jadi, aku ikut petua tu. walaupun tak berapa pasti.

tiba-tiba aku malas nak sambung cerita ni. aku nak tekup muka dekat bantal. menangis.