okay.
aku tak tahu lah pulak kalau ada manusia yang jaga hati aku. aku tak rasa ada. hmm.
nak jaga hati mama yang merungut duduk rumah tak ada siapa nak tolong, hmm baiklah. balik lah rumah. bila balik rumah, ada lah hati-hati yang terabai yang aku tinggalkan. nak jaga satu-satu hati, yang satu nak kena jumpa. yang satu nak kena selalu lepak. yang satu nak selalu kena tegur.
hmm.
si sepet pernah tanya aku. "dah lama tak balik. tak call mama. taknak call mama?"
muka tersengih je aku bagi jawapan "nope". aku bukan jenis yang call mama tanya dah makan ke belum, sihat ke tak, tengah buat apa, lepas tu okay bye. mama pun faham sebab mama pun tak buat benda tu dekat nenek. dan mama faham benda tu macam buang masa. bak kata mama
"kita sibuk dengan life kita, awak sibuk lah dengan life awak."okay. mama tak guna awak. mama guna kamu. perak gitu.
jadi, dari rutin aku yang sedemikian, maka, sudah dekat 3 bulan agaknya aku tak tegur angah. 2 bulan tak tegur cida. dek kerana rutin diatas. tak reti lah aku nak call tanya khabar ni. cukup lah aku doakan masing-masing sihat, masing-masing bahagia. hmm.
orang kata aku sibuk pergi dating. percayalah. manusia super multitasker pun tak reti nak bahagikan diri, terkejar-kejar kelas dan asssignment, lab report berlambak-lambak, jadi anak, driver, cook serta melayan kerenah mama, dengan final year projek yang macam tak nampak penghujung, ditambah pulak terkejar-kejar cari tempat intern. kadan-kadang aku balik ada rasa nak menangis. sebab semua nampak macam takkan habis.
tak apa lah. kalau tak dapat nak adapt dengan aku yang terkejar-kejar sana sini, tak apalah. biar aku lari sorang-sorang.
mama kata, mati nanti sorang-sorang.