27 June 2014

dan, genap seminggu aku duduk dalam kilang carpet ni.

tak adalah seminggu sangat. 4 hari. sebab ada satu hari tu aku pergi hantar thesis. dan kira jam kredit. saat Hajah tu berkata 'tak ada masalah. boleh bergraduat' aku ada rasa nak melutut sambil menangis kegembiraan. drama sungguh. oh well. belajar dari siapa lagi kan...

berbalik kepada kilang carpet ni, tak ada apa yang menarik sangat. supervisor kaki gossip. bos baik. colleague yang friendly. and yang paling penting, aku paling muda dalam department tu. yes!

post ni semakin hambar. itu aku perasan.

aku dah nampak bibit-bibit kebosanan yang bakal keluar dari dalam badan aku. sebagai contoh, sekarang ni, sebelum pukul 10 aku dah terlelap dek kerana hari-hari nak kena bangun pukul 6.30 pagi pasal berebut tandas dengan si bongsu. shit. aku berkawan dengan manusia yang bercerita pasal 'laki aku' padahal aku jauh lagi untuk masuk ke dalam golongan itu.

lama kelamaan, aku akan jadi aunty yang totally uncool dalam golongan anak-anak saudara sendiri dek kerana pengaruh kerja. sigh. dan, lelaki kesayangan akan ada teman wanita yang paling membosankan gara-gara jadual dah macam perempuan umur 50 tahun yang tidur super awal dan bangun di awal pagi. sigh.

aku dapat rasakan yang aku perlu tukar environment kerja. cari tempat yang boleh buat aku gelak dari start aku masuk kerja sampai lah aku balik.

dan sebagai langkah awal, aku nak tido. hmm. supaya aku ada idea yang lebih mencurah-curah.