27 July 2014

sedang seisi warga malaysia sibuk kelam kabut pulang ke kampung dan membuat persiapan raya, aku tersadai dekat depan tv sambil cuba menghabiskan biskut raya sebelum bermulanya raya.

tak ada traffic jam. tak ada kebas bontot. dan untuk pertama kalinya, siang tadi dari 1utama ke putrajaya cuma 30 minit dan tol sungai besi lengang. pehhh.

kau ingat aku suka macam ni?

seingat aku, ada lah dalam 6 tahun kitorang berhari raya kat sini (read : Rawang). sepatutnya 7 tahun tapi waktu first time nak beraya kat sini, aku rasa tak tahan. sebab bosan yang amat. maka, aku menyatakan perasaan aku kat abang kakak. ternyata mereka berperasaan yang sama. maka, aku mengajak abang kakak untuk balik ipoh. plan menjadi. lepas solat aidilfitri, masing-masing kemas bag dan balik ipoh!

tapi itu zaman boleh merintih sebab masa tu aku dalam golongan bongsu.

sekarang, anak buah dah berderet-deret. maka, tingkah laku aku yang 'keanak-anakan' dihapuskan gara-gara perah sekali ditegur syafiq, anak buah yang paling sulung.
"cik ana ni macam budak-budak..."
ouch. sentap.

maka, aku cuba berkelakuan seperti mereka yang berumur 20 tahun... maka, kalau bila raya rasa bosan, aku kena redha sebab aku tengok abang kakak aku dulu pun buat benda yang sama.

nak dijadikan cerita, dekat ofis ramai lah yang tanya aku kat mana aku beraya tahun ni memandangkan 'intern-mate' aku beraya pahang dan perak. aku sengih-sengih sambil cakap
"rawang jeeeee..."
dan kemudian, berdekah-dekah lah mereka gelak dek ke-loser-an statement tu. nak buat macam mana. cucu mama abah dah ada 8. menantu 4. kalau tempah resort pun kena amik 2 apartment... mana laaaah raya-raya ni nak cekup 2 apartment sekali... jadi, mama abah malas untuk berhempas pulas... lagipun, dekat ipoh dah tak ada siapa, cuma nenek yang balik ipoh untuk seminggu (in case kalau ada yang nak melawat dia, katanya...) bila nenek balik kl, nenek balik rumah kami... jadi, tak ada special mana pun kalau balik ipoh...

jadi, selepas ditertawakan, ada lah yang datang tolong meredakan keadaan.
"takpelah raaaai. nanti cari suami jauh-jauh. boleh balik beraya jauh-jauh...." 
aku sengih-sengih sambil pandang wallpaper whatsapp. harap-haraplah.