30 October 2014

aku nak bercerita dalam twitter. tapi limitation 140 character buat aku berpindah kat sini.

buat masa sekarang, aku dalam training as an IC Layout Design Engineer.

nak dijadikan cerita, for past 3 days, Dr Ali merangkap big boss dari US datang mengajar. dan dia ni friendly. I mean, bukan lah boss yang dictator. Kalau ikutkan ujian DISC personality yang aku jalankan terhadap beliau berdasarkan pemerhatian aku, dia ni gabungan S and C. Tapi S major C minor. gituuu.

nak dijadikan cerita, kitorang pernah lah bergosip pasal Dr Ali ni. Aku punyalah menyanjung tinggi dia ni sebab time aku interview dengan dia tak rasa nervous langsung! lalu, budak sebelah aku bertanya...

"kau tak pernah attend interview lain ea?"

"ni first interview aku. dan aku bukannya seorang yang rajin untuk cari kerja. so, nope"

maka, secara berjemaah mereka berkata..

"untunglaaaaaah"

nak dijadikan cerita, waktu interview, ada dalam 10 candidate lain. interview dijalankan selama 3 hari berturut-turut. and ada dua location. KL and Penang. aku hari pertama dekat KL, so aku malas nak ambil tahu pasal hari yang lain-lain tu.jadi, waktu interview, CV aku boleh tahan lintang pukang. sebab akak tu email aku sehari sebelum interview. mana sempat nak alter CV. dan pointer aku, cukuplah untuk aku cakap tahap-tahap boleh bernafas je ni. dan, aku bukan budak engineering. sebab dalam bilik menunggu interview tu, semuanya budak engineering.

maka, aku candidate ketiga. 2 candidate pertama kena interview dalam 15-20 mins. Maka, selepas dia tengok CV aku, dia tanya soalan..

"tell me more about yourself"
"tell me about you favourite and least favourite subject"
"what is the function of transistor?"

untuk soalan ketiga tu, aku dah tersengih depan dia. sebab aku tak sempat buat revision apa pun. menurut kata orang tua-tua, kalau tak tahu, cakap tak tahu. jangan nak memandai.

jadi aku pun jawab...

"transistor. hmm. transistor is.... actually i cant remember the function of transistor.. ehehehehe"

dari saat tu, aku dah dapat firasat yang aku fail. Dr Ali gelak-gelak depan aku. But it was a good session. Sikit pun tak nervous. and kiranya aku ada experience lah kena interview dengan orang US. hihiks. before aku keluar, dia ada cakap...

"so far, you're in a good shape. maybe, if you're selected, the training will begin next week"

so, nak dipendekkan cerita, tadaaaaaaaaa. here i am. attending 2 month training for IC Layout Design Engineer. belum lah dapat position tu lagi (psst. doa-doakan lah. ehehehe), tapi, alhamdulillah. Dah nampak jalan sikit.

bila cerita pasal semua ni, ada satu ayat yang terngiang-ngiang dalam kepala aku...

Fabiayyi Ala Irobbikuma Tukadziban.