19 December 2015

working life is not fun as what I expect. ataupun aku dah terlebih berseronok waktu zaman belajar.

iyelah. zaman belajar dulu, pergi kelas, balik, buat assigment, lepak-lepak, gelak-gelak daaaaaan gelak lagi.  result fail gelak. result elok gelak. tak pernah nak fikir apa-apa pun.

bila dah masuk zaman bekerja yang mana kau mula belajar cara nak survive, baru lah aku perasan yang sebenarnya this phase make me feel oldddddd. tidur pukul sepuluh haaa kau semata-mata nak bangun awal pergi office padahal dulu kalau kelas pukul 8, takdenye lah pukul 10 nak tido! 

sebabnya, esok pagi, otak aku akan digunakan semaksimum mungkin dari pukul 8 sampai 7. working hour aku 8-5.30 je tapi sebab tools selalu buat pasal, dan aku tak suka perasaan nak meninggalkan kerja tak siap, maka selalunya aku akan balik pukul 7. dan lebih malang, kalau tak jumpa solution, aku akan balik pukul 9. dan diibaratkan bagai jatuh ditimpa tangga, aku akan support on weekend bila team lead bagi kerja dah nak due kat aku. 

atau mungkin, kat sini tak ada manusia yang ngam dengan aku, jadi aku rasa tua. 

aku berkawan je dengan semua orang. boleh je masuk dengan si polan dan si polan. tapi aku tak jumpa 'soul' aku kat sini. yang bila duduk berdua diam tak rasa awkward langsung. yang bila dah kena tolak kepala boleh gelak bergembira.

atau sebab mungkin, ini semua situasi baru untuk aku.

aku cuba jugaklah untuk bergembira sendiri tapi itulah. kalau weekend pun kerja, kalau balik malam pun terus tidur, celah manaaaaa entah aku nak bergembira. 

mungkin, dah tak ada kot aktiviti bergembira macam zaman belajar. mungkin kena cari erti 'bergembira' yang lain bila dah berada dalam alam pekerjaan ni.

hmmm.