case 1 :
jangan senang senang nak judge manusia lain.
kalau kau nampak orang curi roti, jangan kau tuduh dia jahat, jahil, ganas. cuba kalau sebenarnya sebab dia mencuri sebab dia ada anak yang dah tak makan 5 hari dan owner kedai roti tu garang macam singa.setiap benda boleh dipandang dari pelbagai sudut. dan kita sebagai manusia yang tak sempurna akhlaknya kena pandang benda tu dari sudut positif.
dan kita tak berhak sebenarnya menghukum perilaku seseorang tu sebenarnya.
case 2 :
malam tadi aku bercerita pasal sayang.
kenapa rai suka cakap benda yang menggelikan lately ni? hormon.
"aku tak suka nak sayang orang. sebab selalunya bila aku dah sayang orang tu, dia mesti pergi."itu statement aku.
apa yang aku nak maksudkan sebenarnya, aku tak suka berpisah dengan orang yang aku sayang (iyelah. siapa suka?)
they didn't leave me for real. but they'll leave the affection.
mmm.. sebab dari pengalaman aku, bila aku dah sayang kan orang tu, suddenly, dia terpaksa pergi. lepas tu aku yang rasa forever alone.
eh, tapi jangan fikir lain. what i mean by 'orang yang aku sayang' is family, dan kawan.
aku pernah menangis sampai mata bengkak-bengkak sebab along dah kawin. sebab nanti, siapa yang nak sapu ubat bila kaki aku luka? siapa nak check homework aku bila aku dah tidur?
aku pernah menangis sebab jiran sebelah rumah pindah padahal aku dari kecik selalu datang rumah dia time weekend. tolong dia kemas rumah.
okay. itu mungkin waktu aku kecik.
tapi sampai hari ini pun..
aku menangis sebab kawan yang aku sayang nak berpindah tempat belajar. dalam hati aku, aku terfikir,
diorang ni tak sayangkan aku macam mana aku sayangkan diorang ke?aku menangis bila senior aku dah habis belajar. sebab aku rasa unprotected lepas tu.
dan aku still menangis bila aku fikir semua tu.
okay. murah sangat air mata tu. but believe me, semua tu jadi pengajaran untuk aku.
aku taknak sayang orang. unless dia janji dia takkan tinggalkan aku. macam mama dengan abah.
okay. rai gila. selamat malam.
may peace be upon you