20 January 2015

dari sehari ke sehari aku cuba nak menulis. tapi, baru nak login, mata dah terpejam rapat.

dan sehari ke sehari aku dapat rasakan hidup aku makin kosong. lifeless. bangun pagi, mengharung kesesakan lalu lintas yang semakin hari semakin... ridiculous, kerja (sambil gelak-gelak, makan-makan, gosip-gosip), balik kerja dengan mengharung kesesakan jalan raya yang lebih kurang sama walaupun jalan yang berlainan, beli barang dapur, masak bekal, tidur. dan itu yang aku ulang hari-hari.

ini semua gara-gara sepet balik penang dan none of my friends yang sanggup mengharung 'the effing traffic jam' untuk ke north kl.

dan masak bekal??? yes. aku spesis tak sanggup berjalan jauh demi sesuap nasi dan kedai nasi campur yang paling dekat is 10-15 minutes walking, jadi aku masak bekal untuk aku bawa ke ofis.

banyak benda sebenarnya yang nak aku ulaskan. tapi entah lah. aku kadang-kadang rasa macam nonsense untuk aku mengomel pasal manusia-manusia lain.

kau pernah dengar cerita perngembala dan anaknya yang nak menjual lembunya di pasar? atau dalam edisi lain, mungkin pengembala dan isterinya. atau mungkin mereka ingin menjual keldainya. macam-macam edisilah aku pernah baca.

jadi kesimpulan daripada itu, kau tak boleh nak memenuhi tuntutan setiap manusia yang ada di sekeliling kau. mungkin aku tak suka si polan A sebab dia bajet-bajet 'ms. know-it-all' tapi ada je manusia lain yang suka. mungkin aku tak suka si polan B sebab spesis manja terlebih. tapi si polan C, D dan E suka je melayan spesis tersebut.

jadi, bila aku menyampah dengan perangai manusia-manusia ni, kadang-kadang aku ingatkan diri aku
Kau ingat semua orang suka kau???
dan akhirnya aku akan jadi manusia yang "eh-pergi-ma****-lah-kau-suka-aku-ke-tak-asalkan-i-treat-you-good". gitu.

setakat ni, i mean, dalam proses untuk menerapkan sifat "eh-pergi-ma****-lah-kau-suka-aku-ke-tak-asalkan-i-treat-you-good" ni, aku ada rasa ringan sikit. i mean, takdelah menyimpan hatred, rasa menyampah dan sewaktu dengannya dalam hati. paling hebat pun, aku gelakkan manusia tu. sebab aku rasa kelakar sangat. kelakar lah sebab...

"eh. kenapa eh kau nak menyampah kat aku? adakah aku memberi impak dalam hidup kau?"

ahha. gitu. dramatik juga ayat tu. aku rasa aku nak menerapkan sikap ni dalam diri setiap anak muda pada generasi akan datang. okay. aku ada rasa nak tampar diri sendiri sebab aku perasan yang entah pape lah perkataan yang aku guna ni. eh tapi, betul lah, aku nak ajar manusia lain untuk fikir yang macam tu. doesn't matter what peoples think about you, just be good and do goods. maka, dengan tu, the world could be a better place. kaaaaaan.

okay nexxttttt! anger management please.