31 January 2015

Kau pernah dengar analogi hamster dalam kepala aku? Analogi konsert aku?

Dan mutakhir ni, aku ada banyak analogi yang aku terfikir bila aku mengharung jam setiap pagi dekat plaza tol damansara. Dalam sehari, aku bazirkan masa dalam 20 minit (minimum) dalam traffic jam bangang tu. Maka, aku habiskan masa untuk menggerakkan hamster dalam kepala. Biar dia kurus sikit.  Kadang-kadang, aku potong kuku, bersihkan liang2 yang sepatutnya, bersolek dan.... Bergelak ketawa. Mengeluh akibat traffic jam buat aku rasa macam membazirkan masa.

Dan mutakhir ni, hidup semakin baik. Co-pilot tetap dah naik pangkat. Jadi, aku boleh menghabiskan masa dengan memotong kuku dan sebagainya sebagai seorang co-pilot sambil tersengih-sengih memandang si sepet memandu. Hihiks.
Okay. Sebenarnya aku pun tak tahu dia belajar driving. Tiba-tiba je ada test jpj.
Dan lama kelamaan, life is getting better. I can adapt with le colleague. Which mean, aku dah boleh gurau-gurau kasar. Hasil daripada pemikiran yang aku terapkan dalam kepala aku past few days.

Dan aku berjaya dapatkam kereta abah yang berbaki bayaran lagi 2 tahun sementara mama dapat kereta baru. Kiranya, win-win situation juga ni.

Oh ya. Ada satu cerita. Semalam, kereta aku habis bateri dek kerana lupa nak tutup lampu kereta. Maka, aku cuba approach manusia2 yang lalu lalang tapi gagal mendapatkan penyelesaian. Tiba-tiba, kawan aku approach one guy. Driving volkswagen golf. Baru balik tapau makanan. Muka macam ada seribu satu masalah. Aku tak berani nak datang dekat bila aku nampak muka beliau begitu. Dan dari jauh aku nampak member aku dengan body language merayu,  dan that guy berkerut-kerut. Sangkaan aku, dia taknak tolong. SILAP. Dia datang sambil membawa power bank kereta. Softly spoken, he said " lets try this. Maybe it'll works"

Setelah selesai, aku tanya member aku adengan tadi. Lalu dia bercerita.
" Dia cakap camni : I dont have jumper cable. Hmmm. Let me think how can i help you. Thats why la muka dia berkerut-kerut tadi!"

Aku terkejut sikit. Sebab muka macam garang. Tapi baik. Siap nak fikirkan solution.

Aku bagitau mama situasi tersebut bila aki sampai rumah. Lalu, mama cakap lebih kurang macam ni
Lain kali, jangan fikir buruk pasal orang lain. Kadang-kadang appearance may look bad, but deep inside, no ones know. 

Another lesson to be remembered for the whole life. Mungkin boleh selalu ingatkan anak cucu pada masa akan datang ;)