15 February 2015

dan malam tadi, aku cuba menjalankan gaya hidup sebagai seorang manusia. maksud aku, aku keluar bersosial. walaupun dengan manusia yang sama. jadi, ada soalan terpacul dari mulut abam buncit

"cukup ke elaun banyak tu?"

i get this a lot. rata-rata, bila aku utarakan status aku sekarang, ramai yang tanya macam ni. memandangkan apa yang aku dapat tak sampai myr2000, yakni julat pendapatan impian graduan sekarang (atau mungkin myr2500?)

sebelum aku mengeluarkan hujah aku, aku kena keluarkan fakta. jurutera atau dalam bahasa lainnya, engineer, adalah pekerjaan yang mudah terjejas dek kerana ekonomi. lebih-lebih lagi, golongan yang membangunkan technology (read as gadget). kalau ekonomi bagus, maka era kejuruteraan berkembang. kalau ekonomi merudum, rata-rata engineer ni boleh bertukar career sebagai cleaner mahupun bus driver. sebab bila ekonomi merudum, pengguna akan berhenti membeli technology (read as gadget) sebab itu semua bukan keperluan. jadi, bila technology tak berkembang, apalah sangat fungsi jutrutera ni selain menghabiskan coffee di pantry. jadi, rata-ratanya akan dilenyapkan posisinya dalam sesebuah syarikat bagi memastikan kemandirian syarikat tersebut. sebagai contoh, ketika ekonomi meleset,  kalau dah ada iphone 5, buat apa nak beli iphone 6. ye dak? daripada dok beli gadget baru, adalah patut seseorag itu menyimpan duit untuk survive dalam kemelesetan ekonomi. kenyataan ini turut disokong oleh trainer aku yang pernah bertukar career sebagai cikgu sekolah rendah akibat ekonomi meleset beberapa tahun dahulu. adalah dalam 2-3 tahun juga dia jadi cikgu sekolah rendah.


jadi, sebagai graduan cabang engineering (walaupun ijazah aku ijazah sains), aku ingatkan diri sendiri, kerja susah dapat. the first offer you get, grab!

itupun sebab result aku tak semengah. hekhek.

jadi, ini first offer. dan aku grab.

nak dijadikan cerita, aku suka dengan apa yang aku buat. i mean, kerja aku. designing. kau tahu main lego? lebih kurang macam tu lah. waktu kerja yang macam company tu bapak aku punya. dan etika pemakaian yang... yes, macam company bapak aku. dan director yang baik hati, setakat ni tak pernah marah and selalu belanja makan. argh. i couldn't ask for more.

or maybe, if i could, aku nak mintak company aku buat highway dari depan rumah aku ke depan office building. boleh gitu?

dan pasal pendapatan cukup atau tak, mama abah banyak bertoleransi terhadap perkara tersebut. buat masa ini, mama abah bayarkan kereta sampailah aku dapat gaji sebenar. dan belanja, aku tak dapatlah lagi nak belanja diorang betul-betul. kadang-kadang, aku cuma belikan popcorn Garret. takpun, belikan chocolate. dan sebagainya. dalam sebulan, boleh lah aku dapat satu baju baru, atau pun satu tudung baru, hasil daripada elaun tadi. duit makan tak berapa menjadi masalah sebab tak adalah nak makan mewah sentiasa. kadang-kadang, sepet belanja makan. itu pun mampu menggembirakan perut sepapan ni. dan aku dapat simpan myr 200 setiap bulan. banyak lagilah kalau aku nak ceritakan. dan aku rasa, ini semua pun sebab ada mama abah, yang kadang-kadang isikan minyak kereta aku sampai full tank, atau hulur duit makan atau tol.


jadi aku anggap, elaun seribu lebih tu adalah cabaran aku untuk aku survive dalam era globalisasi ni. sedangkan dulu abah boleh besarkan kami satu family dengan gaji seribu lebih, apa lah sangat aku yang bujang ni.

kan? ;)