Sampai satu tahap, aku rasa aku nak berhenti buat semua. Tinggalkan apa yang ada. Dan cuma berbaring atas jalan raya. Biar kena gilis lori kontena. Biar diseret kereta yang lalu lalang.
Penat.
Aku cuba kira sisa-sisa hari yang berbaki. Kalaulah ada power button pada badan, dah lama aku tekan "off". Tak ada manusia pun yang ambil peduli setahu aku. Dah berputus asa dengan apa yang aku ada selama ini. Kononnya, mahu lari jauh-jauh. Mula hidup baru.
Tapi macam mana?
Kau tahu, hati terikat dengan rasa sayang, juga terikat dengan rasa takut dek momokan masyarakat sendiri. Momokan dari mulut ke mulut. Bukan pernah pun dilihat mata kepala sendiri. Semuanya hasil tanggapan manusia yang suka buat assumption.
Kononnya marah. Kononnya menyampah. Cuba kau tinggalkan sehari suntuk tanpa khabar berita. Air mata yang jatuh dah macam anak hilang emak. Macam mana nak lari jauh?
Kadang-kadang, aku minta aku hilang ingatan. Lupakan apa yang aku alami 24 tahun. Kiranya semacam buka buku baru jugalah. Tapi, itulah. Takut. Takut nanti aku ulang benda yang sama. Lepas tu, aku mintak hilang ibgatan balik. Lepas tu, ulang silap yang sama balik. Lepastu, sampai bila nak hilang ingatan dan buat benda yang sama, berulang-ulang?
Setiap malam, sebelum aku pejam, aku cuma harap esok aku masih bernafas, cumanya, aku tak perlu bangun dan buka mata. Tapi, bila aku bangun, aku tersengih. Bernafas, dah bernafas. Cuma mata masih lagi celik. Aku kena bangun, menghadap semula hidup yang tunggu masa untuk tamat.
Manusia selalu tanya aku "okay tak ni?" Kalau aku mula bercerita, aku akan sampai ke ayat "dah tak larat nak menghadap, tak larat nak bernafas". Aku malas nak panjang cerita. Malas nak bukak mulut konon-konon semacam minta simpati. Aku tak ada rasa nak menangis berulang-ulang untuk benda yang sama hari-hari. Aku rasa tak ada manusia yang nak dengar apa yang aku rasa. Aku malas nak melayan drama 'konon-konon ambil berat' ni. Jadi, aku tarik sikit otot-otot pipi supaya bibir nampak macam tersenyum lalu ucapkan dialog klise penyedap telinga manusia
"Okay je"