05 February 2015

selama aku memegang lesen memandu, aku tak ada apa-apa masalah. setakat ini, aku cuma selalu lupa tutup lampu kereta dan menyebabkan bateri weak dan seterusnya memalukan diri sendiri, sama ada dimarah abah, atau bertanya pemandu yang lalu lalang samada ada jumper ataupun tidak. paling dasyat pun, aku pernah break emergency sampai hafiz terperosok bawah seat. atau mungkin, terlanggar bumper kereta manusia lain yang tengah parking. (tapi, tak meninggalkan kesan terhadap kereta tersebut)

sehinggalah pagi tadi...

dalam kelajuan yang cuma 100km/j menuju ke damansara di hening pagi, tiba-tiba aku ternampak ada objek dekat tengah-tengah highway. mula-mula aku ingat kain, tapi bila jarak dah sampai 10m, baru aku sedar yang itu sebenarnya anjing. bangkai anjing. jadi, aku cuba mengelak. kau bayangkan, 100km/j, mengelak ke kanan. aku lost control sikit, ke kiri dan ke kanan dan aku tak pasti. waktu tu aku cuma fikir, kalau terbabas, aku taknak mati dulu. aku nak tengok mama abah. sempat fikir macam tu? hmm. itu je yang aku fikir waktu tu.

dan sebenarnya..

semenjak dua tiga hari ni, aku selalu doa, kalau betul dah sampai masa aku untuk mati, semoga malaikut maut datang awal, jadi biar dapat cium mama abah dulu. hmmm. cuma fikir nak cium mama abah? taubat?

takpelah. itu antara aku dengan Dia. tak perlulah cerita pasal tu.

nak dijadikan cerita, dengan muka pucat dan jantung yang masih lagi mengepam dengan rancaknya, aku keep on driving, sambil bersandar. cuba tarik nafas dalam-dalam untuk menjernihkan semula perasaan. bila sampai ke office, aku ambil masa untuk duduk lama dekat parking, memandangkan car park sebelah kubur, jadi lama lah juga aku termenung. termenung sambil cuba memikirkan kemungkinan yang mungkin berlaku.

"kalau aku mati tadi, jangankan cium mama abah, taubat pun tak sempat..."