26 April 2015

sesak. aku cuba tarik nafas dalam-dalam. cuba untuk hilangkan rasa sesak. sempit. celaru. umpama dalam kotak besi hitam bersaiz 1 meter padu. aku cuba keluar. tapi ada bisikan yang melarang. ada separuh lagi berbisik-bisik, mempersoalkan niat dan tujuan aku. baiklah. aku diam. tapi, sampai bila?

aku cuba buka kotak ini dan berlari. aku mahu berlari ke sana dan ke sini. tapi tak cukup kuat untuk aku pecahkan kotak kecil ni. tak perlu ramai. aku cuma harapkan yang seorang itu datang dan keluarkan aku. tapi aku tahu itu mustahil. aku cuba minta pertolongan dari mereka yang berbisik-bisik tadi. ah! tak ada siapa yang endah. tak ada yang peduli. masing-masing berada dalam kotak sendiri, yang tercungap-cungap mecari ruang sendiri. cuma yang bezanya, ruang mereka kedengaran seperti luas dan selesa.

aku dah gunakan tenaga yang ada. aku dah guna sepenuh kemampuan otak aku untuk memikirkan jalan keluar dari kotak ini. gagal. dan baru aku sedar yang sebenarnya mati di dalam kotak ini adalah satu-satunya jalan untuk aku keluar.